Kumpulan pertama 76,400 remaja mula terima vaksin Covid-19 di Sarawak hari ini
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
TAWAU : Seramai 76,400 remaja di Sarawak mula menerima vaksin Covid-19 hari ini menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama remaja di negara ini yang divaksinasi.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kumpulan itu terdiri dairpada remaja berumur 16 serta 17 tahun dan remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang menghidap penyakit berisiko tinggi iaitu bermasalah dengan sistem imun.
“Saya telah berhubung dengan Menteri Kesihatan Negeri Sarawak, kumpulan awal yang ditawarkan untuk menerima vaksin. Kadar dos pula sama seperti golongan dewasa.
“Selepas kumpulan awal ini pemberian vaksin akan diberikan kepada remaja berumur 14 dan 15 tahun, kemudian 12 dan 13 tahun secara berperingkat,” katanya.
Pemberian vaksin berkenaan susulan daripada keputusan dasar dibuat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada remaja.
Khairy berkata selepas Sarawak, vaksinasi kepada golongan remaja akan diberikan kepada negeri yang sudah mencapai vaksinasi lengkap 80 peratus golongan dewasa seperti Labuan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Sementara itu, beliau berkata sebuah Hospital Medan Sementara dengan 108katil serta dua dewan pembedahan dalam pertimbangan untuk dibina di tapak Lapangan Terbang Lama di Jalan Utara bagi menampung kes-kes Covid-19.
Menurutnya sebuah yayasan antarabangsa menawarkan untuk membina hospital berkenaan dan permohonan mengenai perkara itu sedang dipertimbangkan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM).
“Hospital Medan Sementara ini seharusnya dibina dalam tempoh singkat bagi menampung keperluan kes Covid-19 sleain menunggu projek pembinaan Hospital Tawau siap sepenuhnya tahun hadapan,” katanya.
-BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar