Kumpulan hak asasi manusia desak PayPal henti diskriminasi terhadap Palestin
Kumpulan hak asasi manusia menandatangani surat bagi menuntut PayPal berhenti menafikan perkhidmatannya atas dasar diskriminasi kepada rakyat Palestin.
Platform pembayaran pada masa kini tidak berfungsi atau menawarkan perkhidmatannya kepada rakyat Palestin di Tebing Barat atau Gaza, tetapi beroperasi untuk orang Israel yang tinggal di penempatan secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
Sebagai penduduk yang hidup di bawah pencerobohan tentera yang berpanjangan, rakyat Palestin menghadapi sekatan yang melampau terhadap import, eksport dan pergerakan akibat dari undang-undang, dasar dan praktik diskriminasi Israel di Tebing Barat dan, lebih parah lagi, di Semenanjung Gaza.
Nadim Nashif, pengarah Pusat Arab untuk Kemajuan Media Sosial yang mempertahankan hak digital Palestin, mengatakan penyelidikan menunjukkan bahawa pasaran Palestin telah tersedia untuk PayPal.
Dengan mengecualikan rakyat Palestin dari perkhidmatannya tetapi membenarkan kepada penceroboh, PayPal secara langsung menggalakkan penjajahan Israel dan terus meningkatkan kesan buruknya terhadap penduduk Palestin dan ekonomi mereka. ”
Menurut agensi berita Wafa, PayPal mendakwa bahawa tindakan mereka terhadap rakyat Palestin didasarkan pada polisi “negara dilarang” yang melabel Palestin dan negara-negara lain sebagai “kawasan yang berisiko tinggi dan konflik,” di mana PayPal tidak memiliki kemampuan untuk beroperasi.
Namun, Palestin telah melaksanakan kerangka peraturan yang diperlukan untuk mengakses sistem pembayaran elektronik. Ini termasuk “Undang-Undang Transaksi Elektronik” yang memfasilitasi transaksi elektronik dan menetapkan langkah-langkah untuk memerangi pencucian wang dan penipuan.
Nadim selanjutnya meminta CEO PayPal, Daniel Shulmanto, untuk mempertimbangkan fakta bahawa PayPal beroperasi di lebih dari 200 negara, banyak di antaranya dianggap jauh lebih stabil daripada Palestin, termasuk Somalia dan Yaman. Yaman kini terlibat dalam perang saudara yang dahsyat, sementara Somalia telah menjadi negara yang dilanda perang selama bertahun-tahun.
Gabungan itu, yang merangkumi Gaza Sky Geeks, Penyelidikan di Momentum Labs dan Human Rights Watch meminta masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dasar diskriminasi PayPal dan bergabung dengan orang Palestin dalam kempen ini untuk mendesak PayPal untuk memperluas perkhidmatannya kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang dijajah.
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia