Semasa

KPM lanjut pengecualian sewa kantin sekolah

PUTRAJAYA : Pengecualian sewa bagi premis KPM termasuk kantin akan dilanjutkan selama enam bulan lagi bermula 1 Julai ini sehingga 31 Disember depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami pengusaha kantin dan penyewa premis yang sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

Beliau yakin langkah itu dapat memanfaatkan pengusaha kantin serta penyewa di premis KPM selain memberi manfaat kepada warga sekolah.

“Pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM mengharungi tempoh yang amat sukar dua tahun yang lalu,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Terdahulu, KPM pernah melanjutkan pengecualian sewa premis KPM selama setahun pada 2021 dan tambahan enam bulan lagi sehingga Jun 2022.

Lanjutan pengecualian turut diberikan kepada sewaan premis atau ruang (kedai buku, koperasi, kedai dobi dan vending machine) di sekolah bawah KPM bagi tempoh yang sama.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button