PendidikanSemasa

KPM akan bentang garis panduan sekolah bulan ini

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

KOTA BHARU : Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 dijangka akan dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan ini selepas peralihan negara ke fasa endemik.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keadaan yang melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan jangkitan COVID-19.

“SOP ini turut melibatkan aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan secara berperingkat di sekolah sahaja,” katanya

Pelajar dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor berjumlah 130,177 murid dari Kumpulan A telah memulakan sesi persekolahan pada Ahad secara bersemuka.

KPM telah berada pada peringkat akhir garis panduan SOP dan akan memaklumkan SOP aktiviti kokurikulum pula untuk langkah seterusnya.

Bagi pelajar asrama yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan tidak bergejala boleh menghadiri kelas seperti biasa.

“Mereka tidak perlu menjalani kuarantin kendiri. Oleh demikian, kita berharap seluruh masyarakat termasuk guru, ibu bapa dan pelajar sekolah supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan,” tambah beliau.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button