GAZIANTEP: Korban gempa bumi di Turkiye dan sempadan Syria meningkat kepada lebih 670 orang yang maut dan lebih 3,000 tercedera.
Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay berkata angka kematian di Turkiye kini meningkat kepada lebih 284 mangsa manakala 2,323 dilaporkan cedera.
Manakala di Syria pula, lebih 230 orang terbunuh, lapor media kerajaan.
Kementerian kesihatan Syria berkata orang ramai yang telah terkorban adalah dari wilayah Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus.
WATCH: Building collapses during aftershock in Şanlıurfa, Turkey pic.twitter.com/PiKKIkbu0a
— BNO News Live (@BNODesk) February 6, 2023
Terdapat kebimbangan jumlah kematian akan meningkat secara mendadak dalam beberapa jam akan datang.
Banyak bangunan telah runtuh dan pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah timbunan runtuhan yang besar.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleymon Soylu berkata, sepuluh bandar yang terjejas adalah Gaziantep, Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye, Adıyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.
#Turkey Till Over 500 dead after powerful 7.8-magnitude quake hits Turkey and Syria. Shocking. Many casualties are feared. pic.twitter.com/5auuV1DmW4
— Shilpa Thakur (@Shilpaa30thakur) February 6, 2023
Di wilayah Malatya, timur laut Gaziantep, sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh, kata pegawai tempatan. Di Sanliurfa, sebelah timur pula, terdapat 17 kematian dan lebih banyak kematian dilaporkan di Diyarbakir serta Osmaniye.
Sekurang-kurangnya 3,000 orang cedera di Turkiye dan Syria.
Turkiye merupakan sebuah negara yang terletak di salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia.
Pada tahun 1999, lebih 17,000 orang terbunuh selepas gegaran kuat menggegarkan barat laut negara itu.
BACA JUGA
Gempa Bumi Turkiye: Tiada rakyat Malaysia terkorban