KesihatanSemasa

Klinik bergerak manfaat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa

KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan untuk hari yang kedua, pada hari ini.

Program ini adalah usaha sama antara MAIWP dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Program ini bertujuan bagi memberi rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada yang memerlukan.

Menurut Baldev Singh A/L Bachan Singh, 60, beliau amat teruja dan gembira dengan  layanan yang diberikan  petugas kesihatan yang sanggup turun bersama memberikan rawatan  kesihatan percuma.

Tambah Baldev, dia kini hidup sebatang kara setelah isterinya meninggal dunia pada bulan november tahun lepas. Baldev yang menghidap penyakit kencing manis, terpaksa meneruskan kehidupan dengan kerusi roda elektrik setelah kakinya dipotong atas faktor infeksi.

 

Program Mobile Clinic MAIWP ini dijayakan dengan bantuan tujuh petugas sukarelawan termasuk doktor.

Seramai 72 pesakit telah mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma hari ini.

Program Mobile Clinic MAIWP akan diteruskan lagi bagi memberi khidmat rawatan serta ubat-ubatan percuma di kawasan perumahan yang lain bagi menyantuni masyarakat setempat.

Oleh Zairul Azmir

Related Articles

Back to top button