KUALA LUMPUR : Penularan pandemik Covid-19 telah memberi kesan mendalam terhadap industri penerbangan dunia. Banyak syarikat penerbangan terpaksa menghentikan operasi tidak kurang juga mengecilkan operasi mereka demi kelangsungan organisasi.
Walau dalam kesukaran itu, tinjauan global terbaharu, Kualiti Khidmat Lapangan terbang, ASQ, Lapangan Tterbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA tersenarai antara 10 lapangan terbang terkemuka di dunia.
ASQ menjadi penanda aras bagi segmen berkenaan, sekaligus melonajkkan KLIA ke kedudukan ke-9 bagi separuh pertama tahun 2020 berbanding tempat ke-17 tahun lalu, bagi segmen lapangan terbang yang mempunyai kapasiti serupa.
Syarikat pengendali KLIA, Malaysia Airports Holdings Bhd, MAHB, dalam satu kenyataannya hari ini berkata, KLIA turut mencatat skor keseluruhan yag lebih baik pada 4.94 daripada 5.00 berbanding 4.69 sebelum ini.
ASQ merupakan program kendalian Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) yang menetapkan ciri-ciri garis panduan standard perkhidmatan, protokol dan operasi untuk lapangan terbang di serata dunia.
“Walaupun dalam persekitaran mencabar susulan pelaksanaan ketetapan normal baharu dalam operasi lapangan terbang, keseluruhan komuniti lapangan terbang telah memaparkan semangat kerjasama yang kukuh dan bersatu bagi melonjakkan prestasi perkhidmatan KLIA di mata dunia,” – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.
Beliau berkata kumpulan itu telah melaksanakan usaha penambahbaikan yang pesat menerusi kempen ‘#1improvement1week’ sejak Februari 2018 di semua lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara.
“Sejajar dengan kedudukan sebagai lapangan terbang dan pintu masuk utama ke dalam negara ini, kebanyaka usaha itu bertumpu di KLIA. Pada tahun ini, kita telah berjaya melaksanakan 30 penambahbaikan KLIA setakat ini.
“Bagi tahun ini, kita banyak menumpukan aspek inisiatif keselamatan yang menjadi antara usaha untuk menerapkan semula keyakinan terhadap perjalanan udara,” katanya.
Kesemua inisiatif-inisiatiif itu telah menyumbang kepada peningkatan kepuasan penumpang sebagaimana keputusan awal ASQ bagi suku ketiga 2020 yang menunjukkan skor kepuasan keseluruhan tersebut telah meningkat kepada 4.96. — BERNAMA