Covid19Semasa

KKM nafi varian Omicron di Perak

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan mesej yang tular mendakwa varian Covid-19  baharu jenis Omicron dikesan di Perak.

Varian baharu dengan 32 mutasi ‘spike protein’ itu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.

Sehubungan itu, KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia.

“Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih.” ujar Pasukan Respons Pantas KKMM dalam satu kenyataan.

Terdahulu pada 24 November, varian Omicron atau B.1.1.529 pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kini  mula dikesan di beberapa negara lain iaitu Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button