Oleh: Wartawan Pelatih, Azrina Amri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, menyatakan bahawa pihak mereka tidak pernah memperakukan mana-mana produk Myspringshop-US seperti yang di dakwa dalam Facebook mereka.
Dalam facebook tersebut, KKM menafikan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan bagi merawat Diabetes seperti insulin dan mengawal gula dalam darah seperti yang didakwa dalam posting Myspringshop-US.
Menurut Kementerian Kesihatan, gambar yang digunakan oleh laman Facebook tersebut merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal.
Justeru itu, KKM menginggatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan mengenai produk yang boleh berikan kesembuhan tanpa mengetahui kesahihannya.
Pengusaha produk atau pemilik produk dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai.