Semasa

Kilang minyak PERTAMINA terbakar

Dikatakan akibat petir

Jakarta, Indonesia 29 Mac : “Allahuakbar!” “Allahuakbar!”

Kilang minyak Pertamina di Jawa Barat, Indonesia terbakar dan meletup, ratusan penduduk berdekatan dipindahkan.  Api marak dapat dilihat dari jarak sejauh lima kilometer.

Sejak ia terbakar lebih enam jam dari malam tadi api masih marak menyala bagaimanapun semakin mengecil. Asap hitam pekat jelas kelihatan.

12 armada bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

cnn Indonesia berkata setakat ini, punca kebakaran yang dipercayai akibat panahan petir belum dapat disahkan pihak berkuasa. Sehingga kini, 20  orang cedera dalam kejadian itu.

Kilang Pertamina Balongan adalah kilang keenam dari tujuh kilang PT Pertamina.

Kegiatan utama kilang ini yang mula beroperasi bermula pada tahun 1994 ini adalah memproses minyak mentah kepada produk bahan bakar.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button