KUALA LUMPUR : Seorang anggota polis trafik cedera selepas dihempap khemah ketika menjalankan tugas menjaga kawalan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta.(15/11) ini.
Khemah yang didirikan di Tol Duta menghala masuk Pusat Bandar tiba-tiba runtuh dalam hujan lebat dan menimpa kepala Kopral Nazmi Abdullah dari Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT KL yang sedang berteduh di dalamnya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hujan lebat berserta angin kuat petang tadi menyebabkan khemah di sekatan jalan raya di lokasi berkenaan ranap.
“Anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.