Kewajipan Mencari Makanan Halal Dalam Islam
Pernahkah anda terfikir kenapa dalam Islam kita digalakkan untuk mencari sumber makanan yang halal?
Makanan dan minuman bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan mengenai status halal dan haramnya. Ini bertepatan dengan ayat al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah Al-Baqarah 2:168)
Tambahan pula, mencari makanan yang halal lagi bersih menunjukan umat islam ini sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam surah Al-Baqarah Allah menyatakan
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”
(Surah Al-Baqarah 2 :172)
Keharusan umat islam dalam mencari makanan halal supaya orang beriman itu sentiasa selamat, sihat dan dalam limpahan rahmat serta redha-Nya di dunia dan akhirat.
Tambahan pula, perihal halal dan haram sangat jelas dan nyata. Rasullah SAW bersabda dalam hadis Riwayat al- Tirmizi dan Ibn Majah yang bermaksud
“Yang halal itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya dan yang haram itu sesuatu yang diharamkan Allah SWT di dalam Kitab-Nya. Dan mana-mana yang didiamkan-Nya sahaja, maka ianya termasuk apa yang dimaafkan buat kamu.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Oleh itu, dalam makanan dan minuman ada yang haram dan ada yang halal. Apabila telah jelas halal dan haram, maka tinggalkan yang haram.
Misalnya, dalam memilih restoren,, makanan, bahan atau barangan yang dijual di pasaraya perlulah memiliki sijil halal yang diktiraf oleh kerajaan dan barangan yang mempunyai sijil halal, ia sepatutnta menjadi pilihan umat Islam.
Jika terdapat barangan yang tidak memiliki logo halal ia belum tentu halal. Oleh itu, umat islam tidak wajar membeli atau menggunakan barangan yang tidak halal. Begitu juga, kedai makan yang tidak mempunyai logo halal atau meragukan tidak sepatutnya menjadi pilihan umat islam.
Mencari yang halal itu satu kewajipan dalam Islam. Apabila kita membuat kebaikan yang disukai Allah SWT, banyak kebaikan pahala dan keberkatan dalam kehidupan umat islam.
Sekiranya, makan makanan haram, menyebabkan doa tidak makbul, amalan tidak diterima di sisi Allah SWT, dan kesan utama apabila memakan makanan yang haram ialah menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT.
Bagi memastikan produk yang dikeluarkan dijamin halal dan suci, kerajaan telah mengubal undang-undang, enakmen atau akta berkaitan halal seperti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan sebagainya.
Undang-undang dan akta yang digunakan bertujuan untuk mengawal dan memberikan kesedaran kepada umat Islam, masyarakat dan juga para peniaga serta pengguna agar memilih makanan halal.
Secara keseluruhannya, jadilah Umat Islam yang memilih, menggunakan, barangan dan makanana halal. Dalam pada itu, ia selamat, baik untuk kesihatan rohani dan jasmani, mendapat pahala, keberkatan dan keredhaan di sisi Allah SWT.
Begitu penting Islam menjaga perihal halal dan haram dalam kehidupan seharian umat Islam. Penting untuk kesihatan rohani dan jasmani, dalam melaksanakan amal ibadat dan amal soleh dan penting untuk kehidupan kita di hari akhirat kelak.
Mudah-mudahan kehidupan kita dan ahli keluarga akan lebih baik, tenang, berkat, sihat, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today