PolitikSemasa

Ketua Hakim Syarie dilantik Menteri Agama

PUTRAJAYA:  Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia dalam sidang akhbar di Putrajaya, sejam lalu.

Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Dr Mohd Na’im sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Antara jawatan lain pernah disandang beliau adalah Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button