Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih
Pegawai Kesatuan Eropah (EU) berkata keganasan yang tercetus di Tebing Barat baru-baru ini menarik perhatian untuk membuka semula ruang proses keamanan antara Palestin dan Israel.
Jurucakap Komisyen Polisi Luar, Peter Stano berkata EU sangat risau melihat keganasan di Tebing Barat sambil menegaskan untuk tidak bertindak ganas dan mengelak segala jenis provokasi.
“Lagi sekali, perlu kembalikan sempadan politik dan membuka kembali ruang kepada pelancaran semula proses keamanan secepat mungkin antara Palestin dan Israel,” kata beliau.
Tambahnya lagi, kedua- dua pihak perlu memberi kerjasama dengan sokongan dari rakan antarabangsa untuk membuka semula rundingan keamanan.
Serangan kempen tahanan yang bertubi-tubi dari tentera Israel semenjak awal April telah menegangkan lagi keadaan di Tebing Barat antara rakyat Palestin dan Israel.
Serangan yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa juga menimbulkan kemarahan rakyat Palestin apabila Israel menggunakan tempat itu sebagai ruang untuk menyambut hari Paskah Yahudi.