Semasa

Pelantikan Dr. Sani bantu kerajaan realisasikan keprihatinan kebajikan warga seni

FINAS pelajari pengalaman luas dimiliki beliau

Perlantikan (Dr.) Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, dilihat mampu membantu merealisasikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan warga industri seni kreatif negara.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Dato’ Sri Eizlan Yusof berkata beliau amat menghargai penyertaan (Dr.) Sani  dalam FINAS ini dan mempelajari ketokohan dan pengalaman yang dimiliki beliau.

Kepakaran dan pengalaman beliau dalam mengurus Al-Araby Group of Companies, memacu pembangunan MAPIM Malaysia diperingkat antarabangsa serta perundingan dalam agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan lainnya, boleh diaplikasi dalam pembangunan seni kreatif tanah air.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Felda, Dato’ Mohd Banuri Aris, berkata sebagai sahabat dalam dunia sukarelawan dan kemanusiaan, ketokohan  (Dr.) Sani tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi beliau, dengan perlantikan sebagai AJK FINAS ini, khidmat dan bakti (Dr.) Sani dapat diperluaskan lagi. Ucapan tahniah beliau kepada CEO MAPIM ini yang sentiasa menginfaqkan usaha dan fikrah, selain minda yang sering positif bagi membantu insan-insan seni.

Dato’ Mohd Banuri  Aris, juga di antara lima orang lagi ahli baharu Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, yang menerima sijil watiqah perlantikan semalam.

Mereka ialah, Dato’ Seri The Chee Teong, Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim Pfordten – Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, serta Dazrin Datuk Kamaruddin.

Pada 25 Julai lalu, Menteri  Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata isu kebajikan penggiat seni antara inti pati perbincangan mesyuarat Pasukan Petugas Industri Kreatif.

Sejak menerajui kementerian itu, beliau sudah pun mengadakan 13 siri dialog bersama pelbagai persatuan dan golongan penggiat seni bagi mendengar luahan serta mendapatkan pandangan mereka dalam isu yang membelenggu dunia seni.


 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button