Chukai: Bencana banjir yang melanda sejak November tahun lalu merekodkan sembilan kematian.
Ia membabitkan lima kes di Pahang, tiga kes di Johor dan satu kes di Kelantan.
Katanya, ada beberapa senario yang menyumbang kepada statistik kes lemas setakat Sabtu (9 Jan)
“Ada kes lemas berlaku apabila mangsa ini dalam perjalanan balik ke rumah tetapi terjatuh ke longkang kerana jalan yang dilaluinya dipenuhi air. Apabila jatuh, mangsa dibawa arus deras selain ada juga kes lemas ketika menaiki kenderaan untuk meredah banjir.”
“Kita tidak mahu kejadian seperti ini berlaku dan disebabkan itu, kita berulang kali menasihati orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah banjir termasuk menggunakan kenderaan,” katanya pada Program Lawatan dan Tinjauan Banjir Ketua Pengarah JBPM di Kemaman pada Sabtu.
Datuk Seri Mohammad Hamdan berkata, penduduk yang terjejas banjir turut diminta supaya menutup suis utama elektrik sebelum meninggalkan rumah untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Langkah itu bertujuan mengelak berlakunya kejadian tidak diingini sepanjang mereka berada di PPS,” katanya.
Salah seorang mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pelajar institusi pengajian awam tempatan dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai yang melimpah di kampung itu pada jam 12.20 tengah hari 5 Jan lalu.
Mohammad Hakimin Mohd Rahim, 20, ditemukan lemas setelah terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang ke PPS berdekatan dalam kejadian di Kampung Manjor, Kuala Krai.
Mohammad Hakimin, menurut ibunya hanya sempat menjamah ‘nasi dingin’ (nasi semalaman) tengah hari kelmarin kerana mengejar masa untuk membantu penduduk kampung yang terjejas banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sementara itudi Kuantan, Pasukan Bomba dan Penyelamat pada Ahad, bertindak di luar kebiasaan dalam membantu operasi banjir dengan membawa jenazah seorang warga emas ke Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun untuk urusan pengebumian.
Jenazah Majid Abu Bakar, 84, diuruskan kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh selepas anak saudaranya Mohd Nadzri Mat Amin, 39, menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah bagi mendapatkan bantuan.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya kerana sakit tua.
Mohd Nadzri berkata, kampung mereka dinaiki air sejak Isnin lalu dan bimbang bot fiber yang digunakan penduduk untuk menyeberangi banjir terlalu kecil dan tidak seimbang bagi membawa jenazah.
Mohd Nadzri berkata, pihak bomba tiba sekitar 12 tengah hari dan urusan pengebumian bapa saudaranya selesai selepas Zohor.