Kes Covid-19 baharu 31,199 , Malaysia rekod angka tertinggi
PUTRAJAYA : Jumlah kes Covid-19 negara melonjak kepada lebih 30,000, menjadikannya jumlah terbesar pernah direkodkan sejak virus itu ditemui di Malaysia apabila 31,199 kes dilaporkan setakat semalam.
Pada 19 Februari, jumlah kes tertinggi negara direkodkan iaitu 28,825 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 31,080 kes disebabkan oleh penularan tempatan, dengan tambahan 119 kes diimport dari luar negara.
“Daripada jumlah itu, 99.38 peratus, atau 31,005 kes, adalah pesakit dalam kategori satu dan dua, tiaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
“Manakala 194 kes, atau 0.62 peratus, adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima yang menghidap radang paru-paru, memerlukan bantuan pernafasan, dan sakit kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-AGENSI