SemasaSyria

Kes bunuh diri kanak-kanak Syria meningkat 86 %

Dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini

SYRIA : Dalam tempoh tiga bulan pertama bagi tahun ini, hampir satu daripada lima kes cubaan bunuh diri membabitkan kanak-kanak dan kematian direkodkan di Barat Laut Syria.

Data yang diberikan oleh Save the Children mendapati secara perbandingan pada tiga bulan pertama tahun 2020,  132 kes bunuh diri dikesan, dan sehingga akhir tahun melonjak kepada 246 kes. Bagi kes cubaan bunuh diri pula adalah sebanyak 1,748. Ini menjadikan jumlah kes bunuh diri di kawasan itu naik sebanyak 86% sejak tiga bulan pertama pada 2020.

Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 42 orang daripada mereka berusia 15 tahun dan ke bawah. 18 % lagi adalah golongan dewasa dan mereka yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun.

44 kes bunuh diri membabitkan mangsa berusia 15 tahun dan ke bawah.

18 % – golongan dewasa, dan berusia 16 – 20 tahun.

Faktor kenaikan angka ini adalah didorong oleh keadaan hidup masyarakat di Barat Laut Syria yang hidup dalam kemiskinan, kurang akses kepada pendidikan dan pekerjaan, keganasan domestik, kes perkahwinan bawah umur, dan kes buli yang berlaku dalam komuniti pelarian.” – Save The Children

Rakan kongsi Save the Children, Hurras Network, mengesahkan pada pertengahan April lalu, kes bunuh diri berlaku membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang mengambil nyawanya sendiri ketika berada dalam kem pelarian di Hama.

Majd, bukan nama sebenar, seorang petugas dengan Save The Children, memaklumkan hampir 15% pesakit dewasa mempunyai niat bunuh diri. Kanak-kanak pula meluahkan kesukaran hidup mereka dari aspek perlakuan. Mereka berubah menjadi seorang yang agresif, rasa terpinggir dan pendendam.

Kes perkahwinan kanak-kanak juga menyumbang kepada kesihatan mental kanak-kanak yang semakin membimbangkan.

Rumah tangga seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun sudah mula goyah. Sewaktu budak perempuan itu mati akibat membunuh diri, dia dan suaminya sebelum itu didapati bertengkar, lalu suaminya pergi meninggalkan dia seorang diri dan apabila dia pulang, dia mendapati isterinya sudah meninggal dunia. ” – Majd petugas Save The Children

Kisah kanak-kanak ini meruntun jiwa walaupun berbeza kisahnya namun jalan yang dipilih adalah membunuh diri.

Seterusnya kisah mengenai Maher, berumur 11 tahun menghadapi masalah ‘social anxiety’. Oleh kerana mereka hidup dalam kemiskinan dan perceraian, ibunya telah membunuh diri. Perlakuan itu ditiru Maher yang juga memasang niat untuk cubaan membunuh diri. Hurras Network kini menyediakan khidmat psikiatri untuk mereka, dan membantu Maher untuk kembali ke sekolah.

Ekonomi yang semakin teruk di kawasan Barat Laut itu menyebabkan masyarakat bergelut untuk menampung keperluan harian mereka seperti makanan dan ubat-ubatan. Justeru, hal ini menyumbang kepada kenaikan tahap tekanan dalam komuniti. Save the Children menyeru pada penderma dan komuniti antarabangsa untuk membantu meningkatkan lagi pelaburan mereka dalam program kesihatan mental serta memberi sokongan kepada mangsa keganasan domestik.

Majoriti 187 kes kematian akibat bunuh diri yang direkodkan membabitkan golongan pelarian.

Bunuh diri bukan satu penyelesaian, dan perlakuannya haram di sisi Islam. Golongan pelarian beragama Islam khususnya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang tertekan harus dibantu sebagai tanggungjawab kita kepada mereka.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

******MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas kepada pelarian Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yang  diperlukan buat pelarian Syria.

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button