Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestin

100 ditahan polis Israel setiap hari hingga kini

Polis Israel cari mereka yang membantah di Aqsa dan Sheikh Jarrah

TEBING BARAT : Polis penjajah Israel telah menahan seramai 1,700 orang rakyat Palestin sejak dua minggu lalu. Menurut Agensi Anadolu selain tangkapan, kekasaran dan serbuan ke ats 700 hartanah masyarakat Arab dan Palestin di Tebing Barat telah dilakukan.

Jawatankuasa Kecemasan Arab, yang berhubung dengan Jawatankuasa Tertinggi Penduduk Arab di Israel menyifatkan tahanan dan tindakan kekerasan itu berlaku sejak bantahan besar-besaran tindakan polis terhadap jemaah di Masjidil Aqsa dan sokongan yang dipamerkan kepada Semenanjung Gaza.

Jawatankuasa itu juga mengesahkan sedang meneliti dan merakam segala tindakan kekerasan dan penahanan masyarakat keturunan Arab terutama pemuda Palestin, oleh polis Israel. Tambah jawatankuasa itu kempen menahan keturunan Arab tidak berhenti dan lebih kurang 100 orang ditahan hampir setiap hari.  Selain itu bukti kekerasan dan tindakan kumpulan Israel ke atas individu sebanyak 150 kes juga direkod.

Pada 13 April lalu, bantahan masyarakat Palestin bermula selepas tindakan kekerasan polis Israel yang dikenakan kepada jemaah Masjidil Aqsa selain tindakan kejam Zionis mengusir penduduk Palestin yang mendiami Sheikh Jarrah.

Sikap Israel yang telah diberi amaran oleh Hamas supaya tidak mengganggu Masjidil Aqsa itu kemudian berakhir dengan serangan ke atas Gaza, menyebabkan 290 orang maut termasuk 69 kanak-kanak dan 9,000 yang lain cedera.

*******Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin.
Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin.
Boleh terus salurkan ke
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button