BanjirSemasa

Kerugian bencana banjir 4 Julai lalu dianggarkan RM28 juta – MB Kedah

ALOR SETAR: “Kejadian pertama RM28 juta, yang dianggarkan oleh Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Baling yang diwujudkan Pejabat Daerah, kita buat banci lantik 80 pembanci yang turun di setiap rumah (900 buah rumah).”

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataannya ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.

Dalam ulasannya, Menteri Besar Kedah itu menganggarkan kerugian yang dialami susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku buat kali pertama di sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu adalah sekitar RM28 juta!

Tambah beliau, anggaran itu adalah melibatkan kemusnahan rumah, premis perniagaan, infrastruktur yang rosak, kenderaan, serta harta benda yang lain.

“Berdasarkan laporan polis yang ada lebih 900 (buah rumah), kemudian (ada yang) datang lagi (buat) laporan yang kedua, kadang-kadang ada yang bertindan, (semua) pembanci ini turun, anggaran kita (dibuat berdasarkan) infrastruktur rumah, kediaman, kenderaan harta benda RM28 juta, kali kedua tak ada anggaran, tak dapat angka dia lagi,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga ketika ini sudah memulakan proses pengambilan tanah di Kampung Seniyek, Baling bagi pembinaan rumah buat penduduk yang tinggal di zon kuning sepanjang jajaran Sungai Kupang.

Mengulas mengenai kerosakan berlaku pada Jambatan Bailey Kampung Iboi pada 30 Ogos lalu, beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah selesai melakukan kerja meninggikan struktur satu meter daripada kedudukan asal, Ahad lalu.

Jelas Sanusi, kerja meninggikan struktur itu perlu dibuat bagi memastikan sisa kayu dan sampah yang dibawa arus Sungai Kupang dapat mengalir di bawah jambatan ketika cuaca hujan lebat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sedang melakukan kerja mendalamkan semula sungai ke kedalaman asal kira-kira tiga meter.

Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan pasir juga telah dilakukan secara berterusan dalam usaha memastikan bencana kepala air dan banjir kilat tidak berulang selain tidak menjejaskan kehidupan penduduk.


Ayuh bersama kami dengan meringankan beban mangsa bencana banjir di Baling, Kedah.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button