DuniaSemasa

Keranda Firaun baru ditemui, tiba di Expo Dubai 2020

DUBAI: Sebuah keranda arkeologi Mesir telah tiba di Pavilion Mesir di Expo 2020 Dubai dan akan dipamerkan untuk tempoh enam bulan acara tersebut, lapor agensi berita Emirates WAM.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri, keranda kayu paderi Mesir kuno Psamtik itu ditemui di Kawasan Antik Saqqara di negara itu.

Keranda tersebut lengkap dihiasi dengan kolar bunga dan dua kepala helang.

Sementara itu, lukisan dewi langit Nut yang terpapar pada keranda di mana dia merebak sayap dan memegang bulu dalam setiap tangan merupakan simbol hak dan keadilan.

Terdahulu, pavilion menerima koleksi replika Raja Tutankhamun, termasuk topeng emasnya, sarkofagus, kursi perayaan khas, dan takhta raja emas.

Arab News

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button