Semasa

Kerajaan Selangor mula edar kad sim data internet percuma

Percuma bagi tempoh setahun menerusi Pakej Kita Selangor 2.0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor mula mengedarkan kad sim dengan kemudahan data internet percuma bagi tempoh setahun menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 kepada golongan sasaran.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, seramai 7,000 pelajar pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerima manfaat tersebut mulai Oktober depan.

Dalam Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 lalu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Data Internet Selangor yang akan dilaksanakan oleh MBI.

“Semalam, saya telah menyerahkan 7,000 kad sim beserta data internet percuma kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah.

“Kad sim ini akan diagihkan kepada pelajar dan peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor.

“Para pelajar akan menikmati 15GB internet percuma selama setahun bermula dari 1 Oktober. Ini akan membantu mereka dalam mengharungi proses pembelajaran dan ulangkaji pelajaran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkata kerajaan negeri akan meluaskan pemberian kad sim beserta data internet percuma ini kepada usahawan, ibu tunggal, mahasiswa / siswi serta golongan yang memerlukan.

Ini bagi memastikan agenda digitalisasi di Selangor dapat dinikmati semua dan membantu golongan memerlukan mendapatkan akses internet percuma bagi memudahkan urusan dan aktiviti kehidupan seharian.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button