Keputusan mahkamah India mengenai hijab dikritik oleh umat Islam
New Delhi: Selasa lalu, umat islam di India mengecam keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan berhijab di institusi pendidikan di Karnataka.
Keputusan kerajaan Karnataka yang melarang pelajar memakai hijab di sekolah dan kolej, menyebabkan mahkamah membuat keputusan itu susulan bantahan berminggu-minggu tersebut.
Mahkamah Tinggi Karnataka menolak semua petisyen yang mencabar perintah kerajaan mengenai hijab dengan alasan ia bukan amalan agama yang penting.
Ulama Islam dan aktivis melihat larangan Karnataka terhadap hijab ini sebagai pelanggaran hak asasi yang dijamin perlembagaan dan diskriminasi agama.
Aktivis Afreen Fatima mengatakan, Keputusan mahkamah akan menyebabkan beribu-ribu gadis kehilangan peluang akademik.
“Ia satu bencana. Kepalsuan mutlak,” kata seorang lagi aktivis, Safoora Zargar.
Karnataka, diperintah kerajaan Hindu Bharatiya Janata Party (BJP), menyaksikan peningkatan dalam ketegangan agama.
Editor akhbar komuniti Milli Gazette, Zafarul Islam Khan berkata, ulama Islam harus dirujuk berhubung isu itu untuk menentukan sama ada berhijab adalah amalan agama yang hakiki atau sebaliknya.
“Hari yang menyedihkan untuk hak asasi manusia dan agama di India,” ciapnya di Twitter.
Perhimpunan besar di Bangalore dan bahagian lain di negara ini diharamkan sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan.
12 peratus daripada jumlah penduduk di negara itu terdiri daripada umat Islam .
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today