SHAH ALAM: Genap 5 tahun semenjak ‘Great Return March’ dimulakan pada 30 Mac 2018 bersempena Hari Tanah Palestin pada tarikh yang sama, 47 tahun yang lalu.
Hari ini merupakan hari yang penting untuk diingati bagi mengembalikan hak warga Palestin di seluruh dunia. Ia mengingatkan mengenai perampasan tanah warga Palestin oleh pendatang Yahudi.
Pada 1948 diistiharkan lahirnya negara israel bermula dengan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka.
This week marks the fifth anniversary of Gaza’s Great March of Return. Over a period of two years, Israeli forces shot 8,000 Palestinian demonstrators with live ammunition, killing 214 including 46 children. 36,143 total injuries. Only 70~ km from tonight’s protests in Tel Aviv. pic.twitter.com/VyhZOr4uYp
— Michael Bueckert (@mbueckert) March 27, 2023
Bermula pada 1976 apabila israel mengisytihar untuk merampas tanah Palestin di beberapa kawasan perkampungan Sakhnin di wilayah Galilee israel. Tindakan dibantah keras oleh rakyat Palestin itu telah mengakibatkan ratusan cedera dan enam warga Palestin terbunuh oleh tentera israel.
Sejak itu bumi Palestin dirampas sedikit demi sedikit sehingga kini hanya tinggal Gaza dan Tebing Barat.
Protes setiap tahun diadakan di seluruh dunia oleh warga Palestin namun tidak memberi kesan pada 2018, The Great March of Return di Gaza. Ia juga tidak merubah keadaan dan hak kembali ke tanah air mereka terus dinafikan.
Sehingga 2001 dicatatkan sekitar 5,000 ekar tanah Palestin dirampas. Seramai 200,000 daripada 1.4 juta penduduk Palestin menjadi penduduk terusir (Internal Displaced People) akibat rampasan tanah oleh yahudi zionis.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi, beliau menyeru semua NGO di Malaysia menyatakan sokongan kepada tuntutan mengembalikan tanah Palestin kepada warga yang berhak.
“Kami menggesa Kerajaan Malaysia turut mengisytiharkan hari ini sebagai hari bersolidariti dengan Palestin. Suatu usul khas di bawah Jawatankuasa Parlimen perlu diutarakan.
“Kami juga mencadangkan agar Malaysia mengambil inisiatif mengusulkan kepada PBB dan OIC untuk mengadakan sidang khas bagi menuntut tanah Palestin dikembalikan kepada warga Palestin,” tegas Cikgu Azmi.
Sesungguhnya perjuangan pembebasan tanah Palestin dan hak untuk kembali kepada perkampungan mereka adalah suatu hak yang sah dan berkait dengan maruah , budaya, sejarah serta identiti mereka.