SemasaSyria

Kekejaman rejim Assad bunuh 5,200 orang di hospital terbongkar

Iblis bertopengkan manusia?

HOMS : Kematian 5,200 orang pesakit di sebuah hospital di Syria telah dibongkar melalui dokumen yang berkemungkinan adalah bukti terkini jenayah perang rejim Bashar Al-Assad.

Dalam satu sidang akhbar di Istanbul pada Sabtu lalu, Kesatuan Pembangkang Syria (SOC) memaparkan dokumen pembunuhan 5,210 penduduk tempatan oleh rejim di hospital Abdul Qader Al-Shaqfa, yang terletak di daerah Al-Waer.

Menurut Agensi Anadolu, Presiden SOC, Nasr Al-Hariri menyatakan dokumen itu dikeluarkan oleh rejim Assad, kerana ada kesan cop perkhidmatan sekuriti, perubatan forensik, dan pendaftaran hospital.

Laporan tersebut dibongkarkan oleh bekas pekerja di hospital berkenaan yang kini hidup sebagai penentang di kawasan yang dikepung oleh rejim.

Tiada maklumat lanjut berkenaan bila pembunuhan berlaku, di mana atau cara pembunuhan tersebut, tetapi menurut rekod aktiviti rejim, mereka sering menggunakan seksaan terhadap mangsa.

Dua tahun lepas, terbongkar bagaimana perkhidmatan keselamatan menyeksa seramai 6,000 orang hingga mati di Al Mezzeh, di sebuah hospital tentera berdekatan ibu kota Damascus dalam masa 21 bulan, dan mendapat gelaran ‘rumah penyelembihan’.

Tahun lepas terdapat laporan seorang doktor Syria, yang bekerja di tentera hospital di Homs sebelum beliau melarikan diri ke Jerman sebagai pelarian, didapati terlibat dengan penyeksaan dan pembunuhan pesakit yang mengarah kepada beliau dan doktor lain.

Cara penyeksaan termasuk melambatkan rawatan, menembak bahagian tubuh tertentu,  membiarkan kecederaan tidak dirawat, dan membakar kemaluan mangsa dengan menuang alkohol lalu menyalakan api.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

 

Related Articles

Back to top button