KesihatanSemasa

Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas – Dr Zaliha

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,572 kematian akibat Tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat 12 peratus atau 284 kes berbanding 2021, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dalam kenyataan sempena Hari Tibi Sedunia hari ini, beliau berkata sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

“Rawatan bagi penyakit tibi paru-paru adalah penting bagi kesembuhan dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti,” katanya pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan di seluruh negara.

BACA JUGA
Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM satu inovasi yang terbaik

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button