DuniaSemasa

Kemarau yang semakin teruk jejas 2.3 juta orang di Somalia

GENEVA : Dengan kira-kira 2.3 juta orang menderita dengan kekurangan air, makanan dan padang rumput yang serius di Somalia, kemarau yang semakin teruk boleh membawa kepada “keadaan ekstrem” menjelang April tahun hadapan.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Somalia. susulan iklim menunjukkan negara sedang menghadapi kegagalan musim hujan sebanyak empat kali berturut-turut.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan-pertubuhan itu berkata adalah penting untuk bertindak sekarang bagi mengelakkan musim kemarau dan juga keadaan kebuluran yang dialami pada tahun-tahun sebelumnya.

Setakat ini, hampir 100,000 orang, terutama di kawasan tengah dan selatan, telah meninggalkan rumah mereka untuk mencari makanan, air dan padang rumput untuk ternakan mereka.

Kekurangan akses kepada air yang bersih dan sanitasi juga telah meningkatkan risiko penyakit bawaan air.

Somalia berada di barisan hadapan dalam perubahan iklim dan telah mengalami lebih daripada 30 perubahan iklim sejak 1990, termasuk 12 kemarau dan 19 banjir.

Menteri Persekutuan Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana, Khadija Diriye, berkata terdapat keluarga kehilangan ternakan mereka yang menjadi sumber utama mata pencarian, dan mungkin mati kelaparan dalam beberapa bulan akan datang.

“Saya amat bimbang tentang kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya yang terus menanggung beban krisis kemanusiaan Somalia,” katanya.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button