RAMALLAH : Insiden pencerobohan kem pelarian Jenin di Tebing Barat oleh tentera Israel telah menyebabkan dua rakyat Palestin maut manakala 15 lagi tercedera.
Berdasarkan laporan Quds News Network, Sanad Abu Atiya, 17 dan Yazeed al-Saadi, 23 merupakan dua mangsa yang mati ditembak di bahagian kepala.
Tentera Israel menuduh kononnya lelaki Palestin bersenjata cuba untuk menyerang lalu memaksa mereka melakukan serangan balas.
Dalam kejadian berasingan di Tebing Barat semalam, seorang lelaki Palestin ditembak mati selepas mangsa didakwa menikam dan mencederakan warga Israel.
Untuk rekod, seramai 11 orang menjadi mangsa pembunuhan kejam dalam tiga serangan berbeza oleh tentera Zionis hanya dalam tempoh dua minggu.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia