DuniaSemasa

20 jemaah umrah terkorban kemalangan di Aqaba Shaar

ABHA: Seramai 20 jemaah umrah meninggal dunia sementara 29 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.

Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.

Menurut laporan berita stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di jalan Aqaba Shaar yang menghubungkan bandar Abha dengan Mahayil Asir.

“Pihak berkuasa memaklumkan, kesemua mangsa kemalangan berkenaan mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan identiti mereka,” menurut saluran televisyen kerajaan itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, kemalangan berpunca akibat kegagalan brek bas dan menyebabkan bas meluncur laju lalu berlanggar jambatan, terbalik sebelum terbakar.

Kemalangan itu menjadikan cabaran berterusan terutamanya kesesakkan laluan untuk membawa jemaah secara besar-besaran dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.

BACA JUGA
Pelajar Malaysia jadi mutawif bimbing delegasi PM Anwar tunai umrah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button