KUANTAN – Sebanyak 187 rumah keluarga asnaf di negeri Pahang telah dibaik pulih oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tahun lalu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bagi tujuan baik pulih tersebut sebanyak RM3.1 juta telah dibelanjakan.
Menurutnya, bagi membina 16 unit rumah baharu berharga RM60,000 seunit, MUIP turut memperuntukkan RM859,000 untuk tujuan tersebut.
“Untuk kos baik pulih, RM15,000 diperuntukkan bagi setiap rumah bergantung kepada kerosakan dan bahan binaan digunakan.
“Kita jangkakan peruntukkan bagi tujuan itu akan terus bertambah tahun ini berdasarkan jumlah permohonan yang diterima,” katanya.
Dr Asmadi berkata, Muip menerima permohonan sepanjang tahun untuk bantuan membina dan baik pulih rumah daripada golongan asnaf di negeri ini.
“Kerjasama daripada pemimpin setempat termasuk ketua kampung dalam menyalurkan permohonan membina dan baik puluh rumah asnaf di kawasan masing-masing memudahkan serta dapat membantu Muip menunaikan tanggungjawab kepada golongan itu.
“Golongan asnaf yang memerlukan bantuan kediaman selain bagi baik pulih mereka boleh berhubung dengan Muip negeri dan cawangan setiap daerah.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today