Covid19DuniaSemasa

Wanita Islam ungguli tampuk pimpinan Tanzania

Samia Suluhu Hassan presiden ke-6 Tanzania

DAR ES SALAAM : [VIDEO] Dengan mengangkat sumpah sambil mengenggam erat Al-Quran di tangan kanannya, Samia Suluhu Hassan mencipta sejarah sebagai wanita Islam pertama memegang jawatan tertinggi sebagai Presiden Tanzania pada 19 Mac.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan oleh anggota kabinet, bekas presiden Ali Hassan Mwinyi dan Jakaya Kikwete. Wanita yang lebih mesra dipanggil ‘Mama Samia’  itu digelar atas sebab budaya Tanzania yang mencerminkan rasa hormat dan bukan sebab jantina.

Selepas pemergian Presiden John Magufuli, yang penuh dengan kontroversi, terutamanya membabitkan penafian isu pandemik Covid-19 di Afrika Timur, wanita berusia 61 tahun itu nekad memikul tanggungjawab besar demi kesejahteraan penduduk Tanzania.

Magufuli dikatakan menghilang selama dua minggu sebelum dikhabarkan pemergiannya di kaca televisyen pada rabu lepas. Beliau cukup signifikan dengan pendiriannya bahawa penyakit di negara itu dapat dihindar hanya pada doa tanpa apa-apa usaha.

Namun, kata-katanya itu ditarik semula beberapa hari sebelum kematiannya dengan mengatakan bahawa penyakit atau virus itu wujud dan merbahaya.

Justeru, cabaran besar buat Samia Suluhu Hassan dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di Afrika dan bagaimana beliau ingin menerapkan kefahaman mengenai bahaya virus COVID-19 pada 60 juta masyarakat dibawah pimpinannya yang kini tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga iaitu penjarakkan sosial, pemakaian pelitup muka dan pengambilan vaksin.

Sikap sambil lewa rakyat Afrika ini ,mengakibatkan kadar kebolehjangkitan virus COVID-19 di negara itu pada paras bahaya.

Dalam temubual bersama Samia Hassan, beliau meluahkan hasratnya untuk mengubah gaya hidup dan pemahaman masyarakat di Afrika yang cenderung mengikut langkah bekas presiden Tanzania itu.

“Ini adalah masa untuk berdiri teguh bersama dan berhubung. Sudah tiba waktunya untuk menguburkan perbezaan kita, menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dan berharap dengan yakin. Ini bukan waktunya untuk saling menuding jari tetapi saling berpegangan tangan dan maju kehadapan untuk membangunkan Tanzania baru yang dicita-citakan oleh Presiden Magufuli.” – Samia Suluhu Hassan/ Presiden Tanzania

Samia Suluhu Hassan akan melengkapkan penggal kedua Magufuli bermula pada bulan Oktober. Pencapaian beliau ini merupakan satu anjakan paradigma buat kaum wanita yang dapat memimpin negara yang didominasi oleh kaum lelaki.

Bukan itu sahaja, wanita yang berasal dari Zanzibar ini merupakan wanita Islam pertama yang memegang jawatan sebagai naib presiden di Tanzania pada tahun 2015.

Dengan membawa gelaran sebagai pemimpin wanita Islam, Samia Hassan telah menyusun strategi dalam memulakan tampuk pemerintahannya dengan mempertahankan Status quo dan merombak kabinet  dengan lebih signifikan, bagi mengelakkan ancaman  ‘obstructionist strategies’ atau  strategi penyekat oleh parti lawan.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button