Semasa

Keluaran telur ayam bermusim

SHAH ALAM :  Trend pengeluaran telur ayam negara ini dikatakan bermusim menyebabkan gangguan bekalan pasaran.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, faktor cuaca tidak menentu antara punca yang bukan sahaja menjejaskan rantaian pengeluaran sektor pertanian, malah produktiviti penternakan dan perikanan.

Katanya. banjir serta kenaikan harga makanan ayam import menyumbang kepada kekurangan pengeluaran telur.

“Telur mengikut trend, keluaran lebih rendah pada bulan ini (Januari), tetapi ia akan berkembang pada bulan depan (Februari) kerana ini (pengeluaran telur ayam) adalah bermusim.

“Kenaikan (harga) juga berdasarkan pesanan dan bekalan. Begitu juga banjir serta pekerja terjejas kerana Covid-19, sebab kalau tiada pekerja lagi sukar hendak keluarkan makanan, ayam, telur.

“Bekalan makanan (ayam), bahan mentah kita import, memang harga cukup meningkat,” tambahnya.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button