DuniaHiburan

Kekal tiga tahun berturut-turut menjadi youtuber terkaya di dunia

Pendapatan 122,528,250.00 ringgit

Austin : Ryan World masih mengekalkan gelaran sebagai youtuber terkaya di dunia untuk tiga tahun berturut-turut. Ryan World atau nama sebenarnya Ryan Guan yang kemudiannya ditukar lagi menjadi Ryan Kaji selepas dia menjadi semakin terkenal.

Beliau berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan baru berumur sembilan tahun. Saluran youtube Ryan World kini memiliki 30 juta subscriber.

Hasil pendapatannya pada tahun 2020, mencecah 29.5 juta dolar atau 122,528,250.00 ringgit. Saluran youtube nya masih mengekalkan tema yang sama iaitu unboxing mainan dan juga ulasan tentang mainan baru dan ulasan tentang permainan komputer.

Ryan menggunakan kemahsyurannya dengan mengeluarkan produk baju jenama Ryan World. Beliau juga menandatangi kontrak dengan Nickelodeon dengan angka yang tidak dinyatakan.

Ryan memulakan saluran youtubenya sendiri pada tahun 2015. Ia bermula apabila melihat ulasan permainan di youtube dan dia bertanya kepada emaknya, “Kenapa saya tidak ada dalam youtube sedangkan orang lain boleh ada dalam youtube?”

Selepas itu Ryan tidak menoleh ke belakang lagi. Saluran youtubenya diuruskan oleh ibu bapanya dan kini mereka ada sembilan saluran youtube yang lain.

Huge Eggs Surprise Toys Challenge adalah video Ryan yang paling popular dan mendapat lebih dari dua bilion tontonan. Ia menjadikannya satu daripada 60 video yang paling ramai tontonannya di YouTube.

Ryab

Pada akhir tahun 2020, Ryan dan keluarganya disiasat oleh Federal State Commission atas tuduhan memaparkan video yang mengelirukan. Hampir sembilan peratus daripada Video Ryan Toys Review mengandungi saranan produk berbayar untuk anak-anak prasekolah, golongan yang terlalu muda untuk membezakan antara iklan dan ulasan.

Ryan World juga sangat popular di Malaysia dan mengambil inspirasi daripada saluran Ryan World, muncul ribuan saluran youtube di seluruh dunia yang bertema sama.

Related Articles

Back to top button