Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih
Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh, berkata keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang semakin membuak apabila esktrimis Israel menyerang di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.
Tambahnya, komuniti antarabangsa perlu hentikan ketenteraan Israel dan serangan esktrimis berikutan pendatang Israel konservatif sedang merancang untuk ceroboh Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.
“Peningkatan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, termasuk pembunuhan, penyeksaan, penangkapan, dan membenarkan pendatang melakukan jenayah, menimbulkan risiko besar kepada keselamatan dan kestabilan di rantau itu,” kata Shtayyeh dalam mesyuarat kabinet mingguannya.
“Israel membenarkan pendatang membawa senjata dan membunuh rakyat Palestin hanya kerana mereka menerima tuduhan,” katanya.
Jemaah Palestin secara rutin dilarang memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa, manakala aktivis dan pendatang Israel konservatif dibenarkan berarak masuk di bawah perlindungan polis dan tentera Israel.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga mengutuk keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang semakin meningkat.
OIC memanggil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memaksa Israel mematuhi prinsip Undang-undang Antarabangsa, perjanjian antarabangsa dan konvensyen untuk menghentikan serangan kejam terhadap rakyat Palestin dan memastikan keselamatan mereka terjamin.
Rayuannya dibuat selepas askar Israel menyerbu Gerbang Damsyik, salah satu gerbang di Kota Lama Baitulmaqdis Timur dua malam berturut-turut dan menahan 13 rakyat Palestin serta mencederakan 20 yang lain.
Diterjemah dari : Middle East Monitor
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia