DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Keranda dan nama bayi dibunuh Israel di depan Kedutaan Israel

Gesa pimpinan AS henti sokong Israel

WASHINGTON :  Ribuan rakyat Amerika Syarikat mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran sebagai lambang solidariti dalam memerdekakan Palestin dari jajahan rejim Zionis di hadapan kedutaan Israel, semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berhimpun di hadapan kedutaan bagi menunjukkan kemarahan dan protes atas serangan Israel dan sikap tidak berperikemanusiaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam menjual senjata kepada tentera Zionis.

Rata-rata mereka yang turun protes membawa sepanduk yang bertulis : “Bebaskan Palestin” dan “Palestin milik Palestin.”

Laungan –  “Bebaskan Palestin” dan “Palestin milik Palestin!”

Mereka turut melaungkan “Tiada lagi duit untuk jenayah Israel” sebagai membantah pentadbiran Biden.

 

Menurut, aktivis Palestin-Amerika Mariam Abou-Ghazala dan penganjur demonstrasi berkata Palestin ingin melihat penunjuk perasaan untuk berani kehadapan dan lebih lantang bersuara.

“Saya sedar, hakikatnya bukan kita yang akan membebaskan Palestin. Tetapi sekurang-sekurangnya suara kami serba sedikit dapat membantu membebaskan penduduk Palestin,” -Mariam Abou-Ghazala / aktivis Palestin-Amerika

Manakala, ahli politik parti demokratik, Martha Allen menyifatkan sokongan AS terhadap Israel sebagai perkara yang “memilukan.”

“Kami telah memberikan berbilion-bilion dolar tahun demi tahun, dan ini membolehkan penjajahan berlaku dan pengeboman serta pencerobohan rumah dan tanah, dan kami harus melakukan segala yang kami mampu untuk menamatkan penjajahan,” – Martha Allen/ahli politik parti demokratik

Dalam pada itu, tunjuk perasaan yang sama turut diadakan di Houston, Texas, New York City, Los Angeles dan California. – BERNAMA

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_______________________

MASA UNTUK BERTINDAK !

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button