Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

MyAqsaDefenders berjaya kumpul RM17,878,518.37 untuk Palestin

Rasa percaya dan prihatin rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR : Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib masyarakat Palestin dibuktikan apabila sejumlah RM17,878,518.37 berjaya dikumpulkan gabungan 16 NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia – dalam gabungan MyAqsa Defenders (MAD) setakat 18 Mei 2021( semalam).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MAD lewat petang Rabu (19 Mei),  jumlah yang terkumpul itu turut menunjukkan kepercayaan kepada pakatan NGO yang menyertai MyAqsaDefenders demi membantu perjuangan pembebasan isu Palestin.

Menurut Sekretariat MAD daripada dana terkumpul hampir RM 20  juta itu akan disalurkan secara berperingkat, dan mengikut kepentingan keperluan  buat masyarakat di Gaza.

Kutipan itu akan disalurkan untuk Klinik Malaysia – Al Aqsa, Khidmat Guaman di Sheikh Jarrah, Kafalah keluarga miskin di Baitul Maqdis dan Pemulihan Kecemasan Gaza (Gaza Emergency Relief).

Kutipan itu akan disalurkan untuk:

  • Klinik Malaysia – Al Aqsa
  • Khidmat Guaman di Sheikh Jarrah
  • Kafalah keluarga miskin di Baitul Maqdis
  • Pemulihan Kecemasan Gaza (Gaza Emergency Relief)

Dalam melaksanakan projek kemanusiaan dan pembangunan di Palestin  atau juga di tanah air, MAD komited untuk melakukannya dengan agenda disertai tadbir urus yang baik, ketelusan dan berakauntabiliti.

“MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbiran antaranya dengan mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik berkepentingan.” – Sekretariat MyAqsaDefenders

Sehubungan itu, dalam melaksanakannya MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbirannya.

Antara penekanan kerangka semak dan imbang oleh gabungan NGO itu ialah mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik berkepentingan seperti lapisan pengasas bersama gabungan, majlis tertinggi gabungan, jawatankuasa pemantauan, penilaian, kesesuaian dan pembelajaran (MEAL) dan sekretariat gabungan.

“Selain itu MAD juga mewujudkan jawatankuasa khas melibatkan pihak berkecuali yang terdiri daripada peguam, pegawai tadbir bertauliah, akauntan bertauliah, konsultan sektor pembangunan dan kemanusiaan serta konsultan Anti-Money Laundering, Counter Financing of Terrorism (AML/CFT) bagi memantau dan menasihati pihak pengurusan dan pentadbiran dalam urusan MAD,” – Sekretariat MyAqsaDefenders

MAD dalam kenyataan itu turut akan  mewujudkan pelan rancangan strategik sehingga tahun 2030 yang menjadi kayu pengukur yang menjadi kelestarian masyarakat dan penerima manfaat di bumi Palestin.

MAD juga mewujudkan jawatankuasa MEAL sebagai entiti semak dan imbang yang dianggotai oleh tiga perwakilan dari ahli MAD, satu perwakilan dari ahli majlis tertinggi MAD dan satu perwakilan dari Sekretariat MAD serta mewujudkan garis panduan kerangka urus tadbir baik, ketelusan dan akauntabiliti yang menjadi dokumen panduan pentadbiran, pengurusan dan kewangan gabungan.

Kenyataan itu juga menyebut beberapa dokumen penting MAD juga antaranya seperti Laporan Perkembangan Projek dan Laporan Kewangan boleh diakses umum terutamanya oleh para penyumbang dalam platform yang dibangunkan itu.

Untuk rekod MyAqsaDefenders menyatakan komitmen itu empat hari lalu dan berjaya menyatukan penginfaq ke arah satu tujuan sama sejak penindasan Israel tercetus awal Ramadan lalu.

Gabungan MAD termasuklah Cinta Gaza Malaysia (CGM),  Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Malaysia for Syria, Iman Care, One Nation, Al Azhar Care, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Serantau Muslim,  Cinta Syria Malaysia (CSM), Malaysia for Syria, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Barisan selebriti serta ikon kemanusiaan MAD pula antaranya ialah Heliza Helmi, Mizz Nina, Noh Salleh, Faizal Tahir, Fedtri Yahya, Dahlia Shazwan, Farah Adeeba, PU Rahmat, PU Amin dan Ustazah Isfadiah.

_____________________________________________________________________________________________________

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza  ATAU  menerusi Akaun Maybank  DANA MAPIM : 5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)  atau Whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button