Keceriaan Hari Ibu di Syria dihujani serangan udara
Enam maut, 16 parah selepas tembakan dihala ke Hospital Bedah
ALEPPO 21 Mac : Sekurang-kurangnya enam orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh setelah tentera rejim Bashar Al Assad, melepaskan tembakan ke sebuah hospital bedah di Aleppo barat semalam.
Serangan udara dilakukan di hospital yang dikendalikan oleh The International Rescue Committee (IRC) yang terletak di Atareb telah meragut kegembiraan masyarakat Syria yang sepatutnya meraikan Hari Nowruz dan Hari Ibu pada tanggal 21 Mac semalam.
Menurut kenyataan Rehana Zawar, Pengarah The International Rescue Committee, Syria Barat Laut, beliau sangat mengutuk keras kekejaman yang dilakukan oleh pihak kerajaan Syria sehingga mendatangkan kerosakan kekal terhadap hospital tersebut.
“Kami sangat mengutuk serangan yang membunuh ini di hospital bedah di Atareb. 6 orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, dan 16 orang awam cedera, termasuk 5 kakitangan kesihatan. 4 daripada yang cedera dalam keadaan kritikal. Walaupun SAMS berkongsi koordinat rumah sakit melalui sistem pemberitahuan PBB, ia diserang dan sekarang telah rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi” – Rehana Zawar/ Pengarah The International Rescue Committee, Syria Barat Laut
Serangan udara ini direkodkan yang kelima membabitkan serangan ke atas hospital dan pusat kesihatan pada tahun ini sahaja. Hal ini, menjadikan jumlah serangan terhadap pusat kesihatan sejak Januari 2019 menjadi 118. Tambahan, kemudahan kesihatan yang disokong IRC juga telah diserang sebanyak 24 kali sejak 2018.
Hospital dan pusat kesihatan sewajarnya menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk dikunjungi bagi menerima rawatan, namun berlainan dengan keadaan di Syria, dengan 10 tahun rakyat Syria menempuhi kesengsaraan serangan yang bertubi-tubi oleh pihak kerajaan tanpa mengira apa jua keadaan.
Serangan itu berlaku biarpun gencatan senjata Rusia-Turki masih berjalan sejak Mac 2020, meliputi kubu kuat pemberontak di Syria barat laut.
Kementerian pertahanan Turki dan pemantau perang sebelumnya melaporkan bahawa tembakan artileri oleh pemerintah Syria telah menyerang pintu masuk utama hospital tersebut yang terletak di dalam sebuah gua.
Meskipun, hospital ini terletak di bawah tanah yang pada asalnya merupakan satu taktik yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk mengelakkan sasaran di kawasan yang dilanda konflik, namun, Kementerian Pertahanan Turki dan Pemantau Perang melaporkan bahawa tembakan artileri oleh pemerintah Syria telah menyerang pintu masuk utama hospital tersebut yang terletak di dalam sebuah gua.
Merujuk pada kenyataan kumpulan sukarelawan mencari dan menyelamat yang beroperasi di wilayah Syria, The White Helmets di laman Twitter, serangan ini merupakan kesinambungan serangan yang dilakukan oleh pihak rejim dan Rusia yang mensasarkan pusat kesihatan dan hospital.
Peningkatan jumlah yang serius oleh pasukan rejim dan Rusia di Syria barat laut, ketika serangan udara oleh pesawat perang Rusia dan peluru berpandu jarak jauh, menyasarkan beberapa lokasi dan kemudahan penting hari ini. – The White Helmets
Hospital dan klinik telah musnah di bandar-bandar di seluruh negara Syria berikutan kawasan hospital dan klinik yang terletak di tengah pertempuran antara pasukan pemerintah yang disokong oleh Rusia dan Iran serta kumpulan pembangkang bersenjata.
Sementara itu, menurut Al Jazeera, Pakar Perubatan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah mendokumentasikan 598 serangan ke atas sekurang-kurangnya 350 kemudahan pusat kesihatan yang berasingan di Syria sejak Mac 2011, sebahagian besar dari mereka didakwa dilakukan oleh pemerintah Syria dan pasukan sekutu, termasuk Rusia. Dalam tempoh 10 tahun yang sama, sekurang-kurangnya 930 pegawai perubatan terbunuh.
Kini, perang dilihat semakin meluas sebagai konflik yang telah mengorbankan lebih dari 388,000 orang dan meragut berjuta nyawa di dalam dan luar negara sejak tahun 2011.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom.
*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987