JAKARTA : Lebih 40 banduan dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran sebuah penjara di Tangerang di Jawa Timur, Indonesia.
“Kejadian kebakaran yang terjadi di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang block C2 (penjara di Tangerang) pada Rabu, jam 1.45 waktu Indonesia Barat.
“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas,” kata Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Tegur Prihartono dalam satu kenyataan di sini.
Setakat jam 9 pagi ini, sebanyak 41 banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah disahkan maut.
Blok kelas 1 itu menempatkan 122 banduan.
Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospotal dan memindahkan banduan blok lain ke tempat yang selamat.
-BERNAMA