DuniaSemasa

Kebakaran klinik Covid-19 di Macedonia ragut 10 nyawa

SKOPJE : Kebakaran di klinik hospital merawat pesakit Covid-19 di Macedonia Utara semalam meragut 10 nyawa, menurut Menteri Kesihatan, Venko Filipce.

“Kebakaran yang belum diketahui puncanya itu bermula di sebuah klinik Covid-19 di bandar Tetovo, barat laut Macedonia Utara.

“Ini kemalangan yang dahsyat dan saya jangka angka kematian akan meningkat, saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pasukan bomba tiba mengambil masa 45 minit untuk memadamkan kebakaran di klinik yang dibina tahun lalu untuk rawatan pesakit COVID-19.

Macedonia Utara mempunyai sekitar dua juta penduduk dan kemudahan sektor penjagaan kesihatannya agak usang.

Sementara itu, dilaporkan peningkatan kes coronavirus sejak kebelakangan ini dengan purata 30 kematian harian dengan jumlah keseluruhan lebih 6,100 kematian sejak pandemik bermula.

– AGENSI

 

Related Articles

Back to top button