Covid19Semasa

KDN jamin tiada ketirisan maklumat yang direkod aplikasi MySejahtera

Tindakan sama diambil terhadap penceroboh maklumat yang direkod manual

Jaminan diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berlaku pencerobohan atau ketirisan maklumat peribadi yang direkod menggunakan aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, berkata pada masa yang sama pihak berkuasa juga akan memastikan maklumat yang direkodkan secara manual ketika memasuki sesuatu premis mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap individu atau pihak yang menceroboh, menyebar dan menyalahgunakan maklumat peribadi yang direkodkan melalui kedua-dua kaedah itu.

“Kita memberi jaminan bahawa aplikasi MySejahtera ini kita lindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.  Kita tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat yang berada di bawah rekod MySejahtera yang digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan.”

Menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata begitu juga bagi maklumat peribadi yang ditulis secara manual, sekiranya berlaku pencerobohan data, KDN akan mengambil tindakan.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu KDN menyatakan sejauh manakah maklumat peribadi yang direkod menggunakan aplikasi MySejahtera dan secara manual dilindungi.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button