KerohanianSemasa

Karya Langgar Akidah: Gaji Pelakon & Kru Produksi HARAM

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Haji Mohamad Shukri Mohamad menegaskan gaji diperoleh pelakon dan kru produksi beragama Islam yang terlibat dalam penerbitan karya yang melanggar akidah adalah haram.

“Apabila perbuatan itu disengajakan, maka sudah tentu memberi kesan kepada pendapatan seseorang.”

“Kalau buat perkara haram, maka hasil pendapatan juga haram, contohnya berjudi. Kita tahu aktiviti itu haram, jadi hasilnya haram. Persoalan besar sekarang apakah dialognya betul-betul berniat untuk mengetengahkan Islam liberal.”

Dalam masa yang sama, Datuk Haji Mohamad Shukri mengingatkan umat Islam untuk berhati-hati dengan gerakan puak tertentu yang mahu memburukkan nama Islam menerusi pelbagai kaedah.

“Sebab itu saya nak nasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan gerakan Islam liberal dan berhati-hati di saat masing-masing sibuk mengetengahkan idea dengan menonjolkan kelainan. Jangan sampai melanggar batas akidah, syariah dan akhlak.”

Kata beliau lagi kepada sebuah portal tempatan, apa yang paling beliau bimbangkan adalah agenda-agenda yang mengetengahkan Islam liberal.

“Paling saya bimbang dialog atau babak ini memang untuk mengetengahkan Islam liberal. Saya sangat bimbang kalau ini agenda-agenda yang bermatlamat sedemikian.”

“Ia bukan sahaja ditolak di negara kita tetapi di seluruh dunia.”

Tegas Mufti Kelantan itu, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan, ia tidak pernah sama sekali mengetepikan hak agama lain untuk dipraktikkan di negara ini. Perlu diingat dalam hadis nabi pun ada cakap Islam agama tertinggi dan tiada agama lain boleh mengatasinya.”

“Islam adalah Islam. Tiada pelampau dan tiada liberal. Malah tiada Islam sosialis atau Islam komunis,” tegas Datuk Haji Mohamad Shukri.


Baru-baru ini, filem Mentega Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi apabila memaparkan jalan cerita yang bertentangan dengan agama Islam dan dilakonkan oleh pelakon beragama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan filem tersebut daripada platform Viu sekali gus komited untuk bekerjasama dengan JAKIM bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

BACA JUGA
Filem yang mengelirukan dan sentuh sensitiviti agama perlu disekat – Presiden MAPIM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button