Kanak-kanak usia 10 tahun terperangkap dalam perigi berjaya diselamatkan
RAIPUR : Seorang kanak-kanak lelaki cacat pendengaran dan bisu yang terperangkap dalam perigi sempit sejak empat hari lalu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.
Jumaat lalu, Rahul Sahu, 10 telah jatuh ke dalam perigi sedalam 24.38 meter ketika bermain di halaman belakang rumahnya di daerah Janjgir Champa, Chhatisgarh, tengah India.
Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF), tentera, polis, pegawai pentadbiran turut melibatkan lebih 500 anggota kecemasan bagi membantu dalam operasi menyelamat besar-besaran yang dijalankan sejak jumaat lalu.
Menurut laporan India TV News, jentera penolak tanah dan kren digunakan untuk membantu menggali terowong di sebelah telaga, dengan kelebaran yang kecil.
Rahul diselamatkan kira-kira 11 malam semalam dan sekali gus operasi menyelamat ditamatkan selepas lebih 100 jam.
Ketua Menteri Chhatisgarh, Bhupesh Baghel menerusi ciapan di Twitter mengesahkan Rahul sudah diselamatkan.
Pegawai pentadbiran daerah tempatan, Jeetendra Shukla memberitahu wartawan bahawa budak lelaki itu dijumpai dalam keadaan lemah dan sudah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.
Tambahnya, cuaca buruk serta ancaman ular berbisa dan kala jengking yang ditemui ketika penggalian turut menghalang usaha menyelamat.
“Rahul berjaya diselamatkan dengan selamat atas doa semua orang dan usaha gigih dari pasukan penyelamat,” katanya.
Pegawai pentadbiran daerah tempatan, Jeetendra Shukla memberitahu wartawan bahawa budak lelaki itu dijumpai dalam keadaan lemah dan sudah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.
-Agensi