KemanusiaanSemasa

Kanak-kanak mangsa banjir di Pakistan mati kebuluran

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

ISLAMABAD: Banjir besar di Pakistan terus meninggalkan kesengsaraan kepada rakyat negara tersebut. Bukan sahaja ada dikalangan mereka diserang penyakit bawaan air tetapi mangsa banjir di Pakistan kini turut berdepan situasi kekurangan bekalan makanan.

Terbaharu, dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia di sebuah pusat perlindungan sementara akibat kelaparan dan jatuh sakit.

Hal tersebut telah mendorong 200 keluarga melakukan protes terhadap kerajaan, pada Isnin.

Berdasarkan kepada cerita mangsa banjir dari Sukkur, wilayah Sindh memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak memberikan makanan yang mencukupi dan mereka juga tidak mendapat bantuan keperluan asas.

“Apabila anak-anak kami mula kelaparan, kami pergi ke pejabat kerajaan di bandar Rohri bagi meminta bantuan, namun tidak menerima sebarang makanan atau khemah.”

“Dalam masa sama, anak saya yang berusia enam tahun, Razia, meninggal dunia akibat kebuluran dan penyakit,” keluh bapa mangsa, Khalid Khoso.

Bapa mangsa mendesak pentadbiran daerah agar mengambil berat akan isu keperluan makanan dan perubatan serta menyediakan perlindungan kepada semua mangsa agar tiada lagi kanak-kanak yang mati kebuluran dan sakit.

Sumber gambar: @ScientologyVM

Sebelum ini dilaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas menangis seharian akibat kelaparan.

Menurut perkongsian ibunya Hajiani Bibi, makanan terakhir yang dapat dihidangkan kepada bayinya itu adalah kira-kira 36 jam yang lalu. Bayi tersebut meninggal dunia akibat kelaparan di kem sementara yang terletak di Kot Diji, daerah Khairpur.

Kerajaan Pakistan memohon bantuan masyarakat antarabangsa untuk terus menyumbang kepada negara itu bagi menyediakan bantuan keperluan asas, perubatan dan membina kembali infrastruktur negara tersebut selepas dilanda banjir terbesar dalam sejarah.

Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button