Kak Salina pengawal keselamatan yang menjadi pesawah
Tetap berjuang hidup dalam kekacauan pandemik
Sabak Bernam : Tidak ada pekerjaan yang benar-benar selamat akibat kesan pandemik covid 19 walaupun kerja sebagai pengawal keselamatan. Semua pekerjaan akan terkesan. Bezanya sama ada besar ataupun kecil sahaja.
Itulah yang dirasai oleh Salina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Salina. Dahulu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan asrama di sebuah sekolah agama tetapi akibat covid 19, sekolah dan asrama terpaksa ditutup. Ia memberi kesan besar kepada hidupnya.
Apabila ditanya apa yang dia lakukan sekarang, dia hanya mampu menjawab perlahan, “Dah tak kerja. Sekarang cuma bersawah.”
Mengikut maklumat awal yang diperoleh, tanaman padi untuk tahun ini juga tidak berapa menjadi kerana serangan penyakit dan memberi kesan kepada penilaian gred.
Kak Salina sekarang tinggal di rumah pusaka bersama dengan ibunya. Hanya mereka berdua. Walaupun ekonomi menekan Kak Salina tetap bersyukur kerana masih ada bumbung untuk berteduh dan lantai untuk berbaring.
MAPIM Malaysia yang dalam Misi Ummah Bantu Ummah memberikan bantuan berupa makanan keperluan asas kepada Kak Salina. Bantuan yang cukup untuk sebulan. Dalam masa yang sama Kak Salina dan ibunya berharap pandemik covid 19 akan segera berakhir.
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016