Covid19DuniaKesihatanSemasa

Kajian UK menunjukkan Omicron kurang berkemungkinan ‘long Covid’

LONDON : Virus Omicron berkemungkinan menyebabkan kurang simptom long Covid berbanding varian sebelumnya berdasarkan kajian King’s College London, United Kingdom (UK).

Kajian mendapati kemungkinan mendapat long Covid selepas jangkitan adalah 20 hingga 50 peratus lebih rendah ketika gelombang Omicron di UK berbanding Delta.

Penyelidik menggunakan data daripada aplikasi kajian ZOE Covid Symptom malah, angka itu berbeza-beza bergantung umur pesakit dan masa vaksinasi terakhir.

Simptom long Covid yang berpanjangan boleh melemahkan dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan disebabkan keletihan yang dirasai hingga ‘kabut otak’.

Penyelidik bertungkus lumus untuk melakukan kajian dan ia diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam bagi mengetahui sama ada Omicron menimbulkan risiko long Covid seperti varian yang dominan sebelum ini.

Penyelidikan akademik pertama menunjukkan Omicron tidak menunjukkan risiko long Covid tetapi ia tidak bermakna bilangan pesakit Covid yang lama menurun.

Jumlah jangkitan Covid yang terkesan kini lebih tinggi biarpun risiko long Covid lebih rendah ketika Omicron.

“Ini berita baik tetapi tolong jangan hentikan mana-mana perkhidmatan long COVID anda,” kata ketua penyelidik, Dr Claire Steves kepada Reuters.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan UK mengatakan pesakit di negara itu mempunyai simptom long Covid yang melibatkan seramai 438,000 pesakit selepas jangkitan Omicron pada Mei, mewakili 24 peratus daripada semua pesakit long Covid.

Omicron lebih berupaya tangkis imuniti berbanding Delta.

Ia mendapati tiada perbezaan statistik bagi mereka yang diberi vaksin dos penggalak malah, risiko gejala berlarutan selepas Omicron adalah lebih rendah berbanding Delta.

Dalam penyelidikan King’s, ketika kemuncak Omicron diantara Disember 2021 hingga Mac 2022, 4.5 peratus daripada 56,003 pesakit dilaporkan mempunyai simptom long Covid, berbanding ketika gelombang Delta, pada Jun hingga November 2021 yang melibatkan 10.8 peratus daripada 41,361 orang .

Kajian ini dilakukan kepada individu yang divaksinasi dan tidak divaksinasi.

Menurut pasukan itu, bagi menentukan sebab Omicron yang mempunyai risiko long Covid lebih rendah, perlu melakukan lebih banyak kajian.

– Agensi

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button