Kadar tol Terusan Suez dinaikkan mulai tahun depan
KAHERAH: Mulai tahun depan, kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering serta kapal persiaran.
Menurut Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), faktor kenaikan tersebut adalah disebabkan kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal yang dijangka berterusan tahun depan.
The Suez Canal Authority has issued today new resolutions on the Suez Canal transit tolls that are to be applied in 2023. https://t.co/Kr1TGETgis pic.twitter.com/F8mr4SrK86
— هيئة قناة السويس Suez Canal Authority (@SuezAuthorityEG) September 17, 2022
“Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu,” katanya.
Beliau berkata, SCA menyelaraskan kadar tol melalui mekanisme jelas merangkumi perubahan dalam pasaran pengangkutan maritim.
Dalam pada itu, terusan tersebut kekal sebagai laluan paling cekap dan paling murah berbanding laluan alternatif.