Covid19Semasa

Kadar kebolehjangkitan meningkat

Mencecah paras tertinggi semalam

KUALA LUMPUR : Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia meningkat ke paras tertingginya semalam, mencecah tahap 1.11, berdasarkan graf harian bagi tempoh sebulan mulai 9 Jun lalu.

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menunjukkan kadar Rt terus meningkat sejak Rabu lalu yang pada ketika itu berada di paras 1.07 sebelum meningkat ke 1.09 kelmarin.

Graf harian itu turut menunjukkan Rt melepasi kadar 1.00 direkodkan sejak 28 Jun lalu selepas meningkat dari paras 0.99 pada hari sebelumnya.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Rt ada jangkaan mengikut kes harian pada 9 Julalu untuk seluruh negara adalah 1.11,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau.

Sementara itu, beliau turut berkongsi data Rt mengikut pecahan negeri yang mana lima terdapat lima negeri mencatatkan nilai Rt yang lebih tinggi dari nilai Rt kebangsaan.

Putrajaya menyaksikan nilai Rt tertinggi iaitu 1.19, diikuti Perak (1.17), Selangor dan Kuala Lumpur (1.16) dan Kedah 1.13.

Sementara itu, negeri yang mencatatkan nilai Rt melebihi paras 1.00 ialah Pahang yang merekodkan 1.11, Sabah (1.10), Terengganu (1.08), Melaka (1.05) dan Negeri Sembilan (1.04)

Pulau Pinang dan Johor merekodkan 0.99, diikuti Kelantan (0.94), Labuan (0.87), dan Sarawak (0.85)

Oleh Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button