BRAZIL : Sebanyak 66 peratus jumlah kanak-kanak di Brazil yang berusia dalam lingkungan enam dan tujuh tahun tidak tahu membaca atau menulis sewaktu pandemic Covid-19.
Menurut laporan kumpulan amal Todos Pela Educacao (All for Education), tahun lalu menyaksikan peningkatan bilangan buta huruf berusia enam dan tujuh tahun di Brazil iaitu sebanyak 2.4 orang berbanding 1.4 juta pada 2019.
Ia satu petanda yang membimbangkan bagi negara yang sudah dilanda teruk oleh pandemik COVID-19 melibatkan 40.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur itu, ditambah dengan penutupan sekolah yang meluas sekali gus merugikan golongan miskin.
Ia juga adalah peratusan terbesar sejak penyimpanan rekod mengenai buta huruf kanak-kanak di Brazil bermula pada 2012.
Menurut kumpulan itu, ia akan meningkatkan risiko kanak-kanak buta huruf lebih awal akan berhenti sekolah pada masa hadapan.
Oleh itu, kerajaan perlu bertindak segera berikutan peningkatan peratusan itu amat ‘membimbangkan’.
“Kami amat memerlukan dasar yang besar untuk membantu kanak-kanak mengejar ketinggalan,” kata pakar dasar pendidikan kumpulan itu, Gabriel Correa.
“Kemunduran dalam literasi tidak boleh diterima,” katanya.
– AGENSI