Semasa

Kad fizikal tanda lengkap suntikan vaksin belum ada – Khairy

jangan terpedaya

PUTRAJAYA : Jumlah mereka yang sudah mendapatkan dua dos penuh vaksin covid-19 semakin meningkat dan wujud keperluan bagi ‘menanda’ bahawa mereka sudah divaksin untuk apa sahaja kemudahan yang akan ditentukan oleh kerajaan kelak.

Buat sementara ini sijil pengambilan vaksin ada dalam bentuk kertas keras dan juga pada aplikasi MySejahtera. Kerajaan belum mengeluarkan dalam bentuk kad walaupun ada cadangan ke arah itu.

Meninjau pada komen di media sosial ramai yang membantah pengeluaran kad dalam bentuk fizikal kerana sudah ada MyKad yang boleh dimasukkan info penvaksinan di dalamnya.

Namun tinjauan di kawasan luar bandar terutamanya warga emas menyambut cadangan itu dengan baik kerana untuk mereka ia lebih mudah, dan ramai antara mereka tidak ada telefon pintar.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata

Beliau turut menegaskan sebarang kad yang dijual di pasaran dan tular baru-baru ini, bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

“Tidak ada kad fizikal, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera. Itu sahaja,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Dr Adham ikut menegaskan kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin.

Beliau menambah kerajaan akan mengeluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi, sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Hanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja diakui kerajaan. Buat masa ini, kami menunggu kelulusan Kabinet untuk keluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge,” katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button