PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima laporan berkaitan iklan lesen terbang melalui aplikasi Instagram.
Tangkap layar dari instagram @mydrivingschoolofficial
JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.
Menerusi iklan di pautan https://instagram.com/mydrivingschoolofficial?igshid=YmMyMTA2M2Y= tersebut, sindiket berkenaan menawarkan khidmat lesen memandu tanpa ujian komputer dan JPJ yang mampu diperoleh hanya dalam tempoh tiga (3) hari. JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya & menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.
“Scammer tu. Nanti dia suruh bank in duit. Lepas tu duit hilang. Lesen pun tak dapat.” tulis Normas Fazly
Pengguna facebook di laman rasmi JPJ, Normas Fazly berpendapat tawaran 3 hari khidmat lesen memandu tanpa ujian komputer dan lesen JPJ itu sebagai satu bentuk ‘scam’.